WoD in Travian
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

kaedah terbaik utk kampung anda

Go down

kaedah terbaik utk kampung anda Empty kaedah terbaik utk kampung anda

Post by zulkapan Sun Oct 19, 2008 8:12 pm

di sini aku paste kan tips menarik dari theo ADynasties


Kaedah untuk jadikan troops anda berupaya melakukan pemusnahan besar-besaran apabila digunakan bersama dengan troops ahli-ahli persekutuan kita yang lain.

Ingat, hasilkan troops anda dalam ratio 3:2:1 (Infantry/Cavalry/Warmachines)

TEUTON
Untuk mempercepatkan pembukaan kampung ke-2, pemain Teuton dinasihatkan supaya terus-terusan menghasilkan askar belantan sebanyak mungkin untuk tujuan farming atau dengan kata lain - merompak. Lebih banyak askar belantan = lebih banyak hasil yang akan diperolehi = buka kampung ke-2. Tak perlu hasilkan Paladin/Kesatria Santo sebab kosnya agak mahal dan kurang berguna waktu ni. Objektif utama kita waktu ni ialah buka kampung ke-2. Tumpukan segenap tenaga untuk itu.

Kepada ahli yang dah ada kampung ke-2 (15cropper/9cropper) teruskanlah menghasilkan askar belantan di kampung pertama anda untuk tujuan farming. Farming = lebih banyak hasil sumber = kampung ke-2 lebih cepat dibangunkan = buka kampung ke-3. Objektif anda ialah segera membuka kampung ke-3 bagi menyokong/membantu pembangunan kampung ke-2 anda tu (kampung ke-3 mestilah dibuka berdekatan dengan kampung ke-2 anda). Pada masa yang sama, latih Askar Kapak, Kesatria Teutonik, Kereta Pelantak dan Tarbil. Jadikan hasrat untuk memiliki 1K Askar Kapak, 200 Kesatria Teutonik, 20 kereta pelantak dan 20 tarbil sebagai matlamat anda.

GAUL
Untuk mempercepatkan pembukaan kampung ke-2, tugas anda ialah menaiktarafkan kesemua produksi sumber anda ke tahap 6-7 kerana anda tak mungkin dapat merompak dengan cemerlang melainkan anda sudah mempunyai Guruh Theutates/Theutates Thunder (TT). Gunakan hasil sumber anda untuk menaiktaraf residen dan menghasilkan peneroka. Keep low profile farming je... jangan melampau sangat sebab sakit ooo hilang troops. Rugi ooo..

Kepada yang sudah memiliki kampung ke-2, objektif anda sekarang ni ialah segera membuka kampung ke-3 bagi menyokong kampung ke-2 (kampung ke-3 mesti dekat dengan kampung ke-2). Sambil-sambil, latih 200 Askar Pedang, 100 Haeduan, 20 Kereta Pelantak dan 20 Tarbil. Pasukan Gaul akan menjadi pasukan bantuan iaitu pasukan Gaul akan menyusul ke kubu musuh selepas serangan pasukan Teuton dan Rom. Jangan sesekali hantar pasukan anda mendahului pasukan Teuton/Rom. Anda dikenali sebagai "cleaning squad" = menyapu bersih saki-baki musuh yang masih tinggal selepas serangan Teuton dan Rom dan memusnahkan bangunan2 dalam kampung musuh untuk memastikan tidak ada musuh yang masih survived. Priority utama anda ialah melatih falanks/penunggang druid untuk tujuan pertahanan apabila diperlukan - bukan hanya untuk anda sendiri tetapi sebagai reinforcement kepada kampung2 mana-mana ahli persekutuan kita. Setiap pemain Gaul mesti ada minimum 100 falanks untuk sekarang ni.

ROM
Kalau masih stuck di kampung pertama, tugas anda ialah menaiktaraf setiap produksi sumber ke tahap 6-7 sebab anda tak mungkin dapat raid sebaik Teuton maupun Gaul. Askar2 anda mahal dan ambil masa yang lama untuk dihasilkan. Bagaimanapun askar Rom sangat powerful. Mulakan menyimpan sumber untuk menaiktaraf residen dan menghasilkan peneroka. Kalau nak farm orang jugak, keep a low profile farming sebab kalau hilang/mati askar2 tu, very painful ooo.. Amalkan sikap tinjau dulu sebelum serbu. Ini akan menjimatkan masa anda dan mengelakkan askar anda dari mati sia-sia.

Kepada yang dah ada kampung ke-2, objektif anda sekarang ialah menyegerakan pembukaan kampung ke-3 bagi menyokong/membantu pembangunan kampung ke-2 anda itu (kampung ke-3 mestilah berdekatan dengan kampung ke-2). Sambil-sambil, latih 200 Askar Empayar, 100 Kesatria Empayar (Kesatria General tak perlu sekarang ni), 20 Kereta Pelantak dan 20 Tarbil Api. Pasukan Rom akan menjadi ketumbukan ke-2. Pasukan anda akan menyerbu ke kubu musuh SELEPAS pasukan Teuton. Jangan hantar sebelum Teuton. Anda dikenali sebagai "backup squad" = membunuh musuh2 sekiranya serangan pertama gagal.
zulkapan
zulkapan
Partner
Partner

Male
Number of posts : 65
Tribe : Gaul
Alliance Name : WoD
Registration date : 2008-10-15

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum